Monday, May 16, 2011

Happy Teacher's Day... Terima Kasih Cikgu, Miss, Sir...

Hari ni 16 Mei 2011... Seluruh dunia akan meraikan Hari Guru... Teringat zaman sekolah... Saban tahun Hari Guru disambut dengan penuh meriah... Kali terakhir aku menyambut Hari Guru adalah pada tahun 2003... 8 tahun dah berlalu... (ok, terasa tua di sini... hehehe...)

Memiliki kakak yang juga merupakan seorang guru membuatkan aku mengenal cabaran menjadi seorang guru dari sudut yang berbeza... mungkin disebabkan aku bersekolah di sebuah sekolah ternama dan pelajar-pelajarnya juga berdisiplin... jadi, aku kurang tahu mengenai sikap pelajar dan ibu bapa yang pelik dan jelik. itu.. saban hari, kakak aku pasti bercerita mengenai sikap pelajar-pelajarnya yang mampu membuatkan aku mengucap panjang... merokok, melakukan perkara tidak senonoh, kurang ajar terhadap guru...bagaikan sajian harian mereka... (di sini aku terfikir, agaknya cikgu aku bersyukur sbb dpt student baik mcm aku... hehehe)... ok, cukup2... aku nk buat ucapan penghargaan buat cikgu2...

Pertama-tama sekali, terima kasih Cikgu Jamaliah kerana mengajar saya mengenal abjad dan huruf di tadika dulu... Kata  mama, baru 6 bulan di tadika, saya sudah boleh membaca suratkhabar dan subtitle kat tv... Di situlah bermulanya segala perjalanan  saya hingga saya berjaya menggengam segulung ijazah... Terima kasih, cikgu!!!

Begitu juga buat guru2 di SK Sultanah Asma dan SMK Sultanah Asma... Tanpa kerja keras kalian, tiada 5A, 8A dan 10A dalam kamus hidup saya... Saya tidak mampu membalas tenaga dan masa yang telah cikgu-cikgu korbankan walau saya memiliki wang berbilion sekalipun... terima kasih kerana sudi mengadakan kelas tambahan di waktu petang dan di masa cuti sekolah... walaupun cikgu tak dapat sesen pun... walhal, kalau di tuisyen, cikgu boleh mendapat beratus-ratus ringgit sebulan... tapi cikgu melakukannya tanpa meminta balasan kerana rasa tanggungjawab mendidik anak bangsa... walau tanpa pertalian darah, tanpa bayaran setimpal, cik tetap melakukannya... sesungguhnya, hanya Allah mampu membalas kebaikan kalian...

Semasa di UTP... Mungkin gelaran mereka sedikit berbeza... Mereka dipanggil Tutors and Lecturers... dan nama awal mereka kebanyakannya memiliki gelaran-gelaran tertentu yang mewakili status pendidikan dan kerjaya mereka... Di sini aku mengenal Professor, Associate Professor (Professor Madya), Dr., Ir. (gelaran untuk profesional engineer), sir and miss... kami di UTP memanggil lecturer kami dengan panggilan sir and miss... x pernah pula kami panggil 'doctor' seperti yang selalu aku dengar di uni2 lain... terima kasih juga buat mereka semua... 

Special thanks to A.P. Dr. Faiz Ahmad... For me, he is not only a great lecturer, but a great supervisor, advisor, counselor... Thank you, sir... For everything... (he is not a Malaysian, thus i need to write in English)

Buat cikgu-cikgu yang telah pergi menghadap Allah Yang Menciptakan mereka... jasa, bakti, kata-kata nasihat dan kenangan bersama kalian tetap abadi di hati... Terima kasih Ustazah Faridah yang sentiasa mengingatkan saya yang sentiasa alpa dengan keseronokan duniawi... 

Terima kasih juga buat Cikgu Sharaf... Alhamdulillah... BM saya dapat A1 dalam SPM, cikgu... maafkan saya kerana tak pernah buat homework... maafkan saya sebab selalu buat Add Math dalam kelas cikgu... Sampai ada sekali tu, kantoi... Tapi cikgu x marah, cikgu senyum saja... Maafkan saya, cikgu...

Kepada semua cikgu yang pernah mengajar saya... Terima kasih atas segala-galanya... Jasamu dikenang... 

Terima Kasih, Thank You, Hm Goi, Arigato, Kamsahamnida...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails